PENGENALAN.

Pengenalan.

Kumpulan Bumiputra Melayu Bersatu atau rengkasnya KESAN'

Terbit dari rasa kesedaran yang amat besar tengtang perlu nya ada satu bentuk KUMPULAN yang dianggotai oleh Orang Melayu seluruh Malaysia.
Latar belakang anggota yang menyertai Kumpulan KESAN tidak diambil kira, walaupun apa pendirian Politik atau mengangotai mana mana Kumpulan, Persatuan, selagi aktiviti mereka tidak melanggar Undang undang! Anda layak dan di alu alukan!
Anggota Kumpulan KESAN memiliki Semangat Bangsa yang kuat, iaitu semangat perpaduan sebangsa serta sangat mengambil berat hal-hal kemajuan bangsa Melayu.
Kumpulan KESAN tidak Anti kepada mana mana Bangsa didalam Malaysia. Malah ahli KUMPULAN akan tetap bersatu dengan semua bangsa sebagai Rakyat Malaysia.
Kami anggota KESAN berpadu usaha dan tenaga, menjana dan menyatukan dana bagi memiliki harta, adalah antara tekad KUMPULAN memertabatkan Bangsa Bumiputra Melayu didalam Negara Malaysia tercinta ini.

************************************

PERPADUAN KAUM SUATU HADIAH TIDAK TERNILAI
oleh Tan Sri Dato' Lee Lam Thye
Aktivis Masyarakat
Ketika ini rakyat Malaysia sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Kemerdekaan. Pada ketika inilah, kita menunjukan semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara, termasuk dengan mengibarkan Jlur Gemilang di mana mana tempat yang sesuai. Sebagai rakyat Malaysia, semangat cinta akan Jalur Gemilang merupakan salah satu aspek penting kerana kita perlu berbangga dengan bendera negara yang melambangkan semangat nasionalisme dan petriotisme.
Kita sudah lama merdeka(50th) Walaupun terdapat sedikit cacat cela, negara kita berjaya menghadapi pelbagai cabaran seterusnya membangun asas untuk mencapai kehormonian kaum dan perpaduan. kejayaan ini menyebabkan banyak negara lain, termasuk yang bertaraf negara maju, berasa iri hati.
Oleh itu, marilah kta memelihara dan melindungi segala yang telah kita capai setakat ini dengan semangat persefahaman dan bertolak ansur. Janganlah kita membenarkan keganasan dan fahaman ekstem memecahbelahkan negara yang kita cintai kerana disinilah tempat kita dilahirkan, tempat kita tinggal dan berkerja, atau mungkin tempat kita disemadikan juga.
Ketika rakyat Malaysia setiap tahun merayakan hari kemerdekaan, izinkan saya menekankan sekali lagi asas asas yang telah menyatupadukan kita semua, iaitu perinsip perinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, sebagai falsafah nasional. Rukun Negara yang diasaskan pada tahun 1970 bertujuan untuk mewujudkan satu tahap persafahaman minimum terhadap aspirasi nasional dikalangan pelbagai komuniti di Malaysia tanpa mengira kaum.
Rukun Negara yang menjadi panduan negara yang berasakan lima prinsipnya jika jika dihayati dapat membentuk perpaduan yang kukuh dikalangan rakyat. selain itu, penghayatan terhadap perinsip Rukun Negara dapat juga menekalkan demokrasi sebagai cara hidup da menwujudkan masyarakat yang adil. Rukun Negara yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama serta menjadi perinsip asas kepada kenegaraan, perlu disemaikan di sanubari generasi mida kita yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang. Rukun Negara adalah panduan kita untuk membangunkan negara dan perlu dihormati serta dihayati oleh semua pehak. Perinsip-perinsip Rukun Negara perlu didukung dan diperaktikan kerana kita tidak boleh terleka dengan kesetabilan, keamanan dan kehormonian yang kita capai setakat ini.
Sebenarnya, banyak(rakyat) yang megambil mudah soal perpaduan. Hal ini adalah suatu perkembagan yang tidak sihat kerana dalam sesabuah masyarakat majmuk yang pelbagai kaum, agama dan budaya seperti Malaysia; usaha berterusan perlu dilakukan untuk memelihara dan memperkukuhan perpaduan. Saya percaya bahawa sebagai rakyat Malaysia, semua ini tidak akan mengurangkan semangat "kemelayuan", "kecinaan", "keindiaan", "kekadazanan", "keibanan" dan yang lain lain sebagainya. Walaupun hubungan antara kaum di negara ini pada umumnya memuaskan, kita tidak sepatut mengambil mudah tentang pekara ini. Kita perlu berhati-hati dan peka dengan sentiviti pelbagai agama setiap kaum.
Proses membangunkan Malaysia dengan rakyatnya brsatu padu adalah suatu proses berterusan dan apa-apa yang telah dicapai setakat ini perlu dipelihara dan diperkukuhan. pada masa depan, usaha bagi mewujudkan dan mengekalkan perpaduan nasional mesti diberi keutamaan kerana perpaduan amat penting untuk memastikan kesinambugan pembagunan Malaysia sebagai sabuah negara yang selamat, aman, progresif dan bersatu padu.
Sesungguhnya, perpaduan adalah suatu hadiah yang tidak ternilai dan menjadi simbolkemaknusiaan kita. pepaduan adalah asas kita untuk kita membina hubungan keluarga, masyarakat dan negara. Perpaduan perlu bermula daripada setiap individu. Jika ada perpaduan dalam pemikiran, imosi dan perbuatan sesaorang, ia akan diluahkan di dalam perlakuannya terhadap orang lain.
Kita mesti brpakat dengan suatu suara yang merangkum semua kaum di Malaysia. Kita semua menyumbang ke arah kesetabilan dan kemakmuran ekonomi negara ini. Marilah kita mengukuhkan komitmen untuk meningkatkan budaya keamanan, kehomonian dan perpaduan. Sesungguhnya Perpaduan boleh menjadi rapuh dan pecah dengan mudah. Perpaduan dapat menjadi sauh yang mengikat kuat sesabuah negara. Sehubungan dengan itu, pilihan ini terletak pada kita semua.


************************************
Begitu Pentingnya Perpaduan Di Dalam Negara Malaysia Ini.
Terbit dari kesedaran inilah kami menubuhkan Kumpulan Bumiputra Melayu Bersatu Nasional ini. Tujuan nya cuma satu iaitu cuba mengekalkan keamanan, kharmonian, kemakmuran berterusan untuk rakyat Malaysia digenerasi akan datang!
Tekad Usaha dan Konsep Kumpulan adalah cuba sedaya upaya mengetengahkan ekonomi bangsa Melayu ketahap maksima yang dapat membantu mempertahankan kemakmuram, keamanan, kesejahteraan dan kesetabilan Negara Melaysia ini berterusan!
Jika bangsa Melayu ini terpinggir dan dipinggir didalam harta benda atau ekonomi , jangan mimpi atau jangan harap keamanan akan hadir pada generasi seterusnya. Sebenar nya hal ini sangat diketahui oleh semua orang atasan juga elit elit semua bangsa di Malaysia. Cuma tiada siapa sanggup mempopularkannya. Justeru itu kami Kumpulan KESAN telah mengambil keputusan menubuhkan Kumpulan KESAN ini.
Andai nya anda mengatakan Wawasan Kumpulan KESAN Terlalu Besar dan Terlalu Tinggi. Lalu kita hanya membiarkan sahaja ia menjadi semakin Besar dan semakin Tinggi? Sehingga ia jatuh menghempas segala warisan genarasi kita? Jangan biarkan teragedi itu berlaku! Kita generasi sekarang ada kewajipan besar untuk menyaman selesakan akan kehidupan generasi kita seterusnya. KITA RAKYAT MALAYSIA terutamanya Bumiputra Melayu, walaubagaimana indah pun pencapaian kita sekarang, dalam menakluk kemakmuran hidup, kemajuan negara, kecermelaggan individu tiada apa ertinya semua itu jika kita mengabaikan kepentingan, keperluan, keselamatan dan kehormatan generasi bangsa Melayu yang akan datang! 
Dengan ini kami berharap sangat mendapat sokongan dari seluruh Bangsa Melayu di Malaysia mendaftar menjadi ahli Kumpulan KESAN ini. Masyarakat bukan Melayu juga digalak membantu Kumpulan KESAN dengan memberi sumbangan melalui Derma atau melalui Amal Jariah. Kejayaan Kumpulan KESAN adalah untuk kepentingan Semua Bangsa yang memiliki Generasi bangsa tersebut dalam Malaysia untuk kehidupan seterusnya. Jangan keliru lagi, Bangsa Melayu adalah tulang belakang Negara Malaysia. Jika Bangsa Melayu Sakit dan Lemah satu Negara akan bercelaru lama kelamaan tulang belakang akan patah, akhirnya satu badan akan TERSUNGKUR..! Negara hancur tiada satu bangsa pun yang untung! KSAN tiada agenda lain, selain memertabatkan ekonomi Bangsa Melayu. dengan selogan "Maju KESAN, Aman Berterusan".

Kami menanti kerjasama anda!

Comments

Popular posts from this blog

OBJEKTIF.

TINDAKAN PENTING.

BERSATU TEGUH.