TINDAKAN PENTING.

TINDAKAN YANG PENTING.

Jika tiada tindakan bijak di ambil untuk mengatasi pekara ini, sesuatu musibah yang tidak baik akan berlaku di kemudian hari, tidak dapat dielak lagi. Pekara buruk itu tidak berlaku sekarang, tapi zaman anak cucu cicit kedua dua bangsa yang memperlekehkan apa itu Tanah Rizab Melayu!

Biasa nya yang menjual bergembira mendapat duit berganda, harga beganda, kerana menjual kepada bukan Melayu. Si pembeli tak kurang senyum melebar kerana dapat memiliki tanah, walau pun dia sedar tanah itu dikelaskan Tanah Rizab Melayu.
Walau apa pun alasan! Kedua manusia ini tamak! mementingkan keuntungan sekarang! tanpa memikirkan apa yang terjadi kelak di kemudian hari. Sedar atau tidak sebenar nya kedua dua manusia ini sedang merenjis racun kedalam kolam air yang bakal diminum dikemudian hari nanti oleh kedua dua keturunan bangsa manusia ini !
Kenapa sampai begitu?
Walau sedikit renjisan racun tadi, tapi renjisan itu telah lama berlaku dan terus berlaku tanpa ada apa apa halangan! lama kelamaan air kolam yang besar itu akan beracun! Siapa yang mengunakan air kolam itu nanti tak boleh hidup! Mereka semua akan MATI.! Mungkin juga mereka semua terpaksa berpindah ketempat baru dan memulakan penghidupan yang baru dan mereka juga terpaksa bersusahpayah untuk memulakan hidup baru mereka.
Sedangkan kenapa kita keturunan sekarang, tidak mahu menjaga air kolam itu supaya senantiasa bersih serta boleh pula digunakan oleh anak cucu cicit bangsa kita dikemudian hari?
Kita semua sebenarnya sedar! tapi kerana sikap tamak yang keterlaluan, kita langsung tak ambil peduli! Kedua bangsa ini buat apa yang mereka suka sahaja, mereka tiada masa hendak memikirkan apa apa akibat nya yang akan ditanggung oleh anak cucu cicit mereka. Bagi mereka yang penting mereka bolot apa saja, itu yang lebih penting dalam hidup mereka, kononnya untuk anak cucu mereka! walhal sebenar nya tidak, mereka sedang menimbunkan bala untuk anak cucu mereka!
Kita akui memang ada yang memikirkan hal ini, kedua dua bangsa ada yang sadar! tapi bilangan nya sedikit! tak dapat melawan arus kemaraan kedua dua bangsa yang tamak itu!
Yang aneh nya perbuatan mereka ini cukup cergas cukup licik, berusaha saban hari untuk menjahanamkan keamanan itu. Yang berpangkat sesama berpangkat, yang bawah bepakat sesama yang bawah. Cukup pandai cukup bijak! masing masing memikirkan keuntungan sekarang, untuk diri sendiri paling lama pun dua keturunan atau tiga keturunan! lepas itu apa nak jadi?
Fikir fikirkanlah.... sedangkan buat masa ini saja pun sudah ada terdengar rungutan...! mereka merempat, tidur dikaki lima negara ibunda mereka sendiri! Kenapa? kan bangsa Melayu bangsa di Tanah Melayu. Bangsa yang terang terang mempertahankan Tanah Melayu! Bangsa Berkorban Nyawa untuk Tanah Melayu ini? Yang sepatut nya mendapat imbuhan yang setimpal dengan pengorbanan mereka!
Sebabnya kenapa? kenapa sekumpulan bangsa manusia ini mesti merempat? Sebabnya baru satu keturunan sebelum mereka telah menjual harta kepada bangsa lain! Mereka menyumpah seranah! seperti tak percaya kenapa jadi begini? Cuba kita semua bangsa yang terlibat dengan apa yang dicakapkan ini berfikir, berfikir dan berfikir! Dapat jawapanya? lambat laun apa kesudahan nya? apa jadi nya?
Jangan ada suara suara sumbang mempertikaikan perihal tanah bangsa Melayu. Buat apa ada tanah tapi semak samun! Buat apa ada tanah tapi tak produktif atau buat apa ada, tapi tak ada hasil! jadi tidak salah jual pada bangsa lain..! Bangsa lainkan kan produltif! bangsa bukan Melayu kan rajin.. ini semua suara sumbang...!
Biarkan tanah itu semak! biarkan tanah itu tak peroduktif! biar kan...! Biar jadi sarang Harimau.! Biar anak cucu cicit nya kena baham dengan Harimau, biar kan bangsa Melayu bergaduh dengan Harimau tidak mengapa! kerana kesannya tidak terlalu bahaya, Jangan sesekali ambil, jangan pecahkan koyakan bagi bagi pada bangsa lain...! Jangan... bahaya! Sebabnya bila generasi bangsa Melayu akan datang tersadar.! mereka dah kering kontang, mereka tak akan puas hati.! Mereka memberontak.! Bila sampai ketahap itu, siapa yang untung.? Gunakan seribu cara lain nak menambah kekayaan, tapi jangan jual tanah hak orang Melayu. Gunakan seribu cara lain nak menambah kekayaan, tapi jangan beli tanah orang Melayu.

Jangan buat buat tak tahu.. sudah banyak tanah tanah orang Melayu yang lesap atas nama pembagunan, kemudahan kemudahan awam, termasuk Jalan Raya, Lebuh Raya, Pasar Raya malahan tempat Ibadat bangsa lain pun ada! Ambil perhatianlah! Tolong elakan lah pada perojek yang mendatang lagi nanti. Jika tak boleh elak, tolong ganti status itu di tempat lain. Kita katakan ini atas dasar keamanan Negara yang berkekalan, bukan atas dasar anti bangsa, bukan anti pembagunan, jauh sekali anti kemajuan. Ada seribu satu macam cara nak maju, nak pembagunan, nak itu nak ini. Tapi jangan biarkan bangsa Melayu ini gondol, kering kontang! Bahaya!

Kita patut adakan rang undang undang baru tentang pekara tanah ini. Tindakan setimpal perlu diambil untuk mereka mereka yang melanggar undang undang ini nanti. Semuanya atas dasar keamanan berterusan untuk warisan akan datang. Sesiapa melanggar undang undang itu mereka ini tidak mahu keamanan, jadi masukan mereka ke tempat yang tidak aman untuk beberapa tahun, mungkin selepas itu mereka faham apa itu pengtingnya keamanan beterusan.

Pernahkah Anda terfikir berapa ratus ekarkah tanah rizab kerajaan yang terhakis setiap tahun dengan cara salah? siapa yang dapat untung? biasa terjadi bilamana ladang ladang besar besempadanan dengan Hutan Simpan Kerajaan. Itu kita tidak mahu cerita dulu! Yang penting sekarang ini... Jika Anda Orang Bumiputra Melayu membaca kenyataan ini! maka lekas lekaslah mendaftar sebagai ahli Kumpulan ini ia itu KUMPULAN BUMIPUTRA MELAYU BERSATU NASIONAL atau renkas nya 'KSAN'. Lebih cepat Anda menjadi ahli, lebih senanglah kita menjayakan Agenda kita memertabatkan Bangsa Melayu melalui pemilikan Harta dibumi Melaysia tercinta ini.
Dan jika anda bukan Bumiputra! bantu bantulah mana yang patut, atas dasar keamanan berterusan! Kerana jika dimampatkan, kita didalam Malaysia ini sebenar nya satu keluarga saja! kita tidak boleh rampas harta Abang Adik yang lain, mesti bantu membantu dalam keluarga. Kalau Adik kaya, bantu lah sikit Abang Kakak yang lain. Tak ada rugi nya! Buat apa kita Kaya tapi dalam keluarga tidak harmoni? adik beradik bermusuhan tak boleh salah sikit nak bergaduh! Tak bertegur sampai mati! Jadi anda sebagai saudara dalam keluarga Malaysia bantu bantulah apa yang patutnya. Jangan takut..! Kumpulan ini bukan hendak merampas harta bangsa lain, ada seribu cara lain Kumpulan boleh buat, ahli Kumpulan ramai dan dana kami banyak! tak sesekali Kumpulan nak merampas hak orang lain, cumanya bila kami menari, Tuan pukullah rentak yang sama, baru indah dipandang dan enak didengar! Bila Kumpulan berjaya, bermakna cerahlah harapan untuk melihat negara Malaysia ini Aman Sejahtera sepanjang zaman.

Anda Bangsa Melayu, jangan lupa diri anda! anda adalah anak pejuang negara, keturunan Bangsa Melayu dahulu banyak yang terkorban demi Negara ini! Jangan biarkan pengobanan mereka dahulu sia sia! Bangsa Melayu belum ada lagi kumpulan yang memertabatkan ekonomi mutlak Bangsa Melayu! Kebangkitan kita akan senantiasa terbantut kerana kita tiada KUMPULAN. Ayuh..! Sertailah KUMPULAN ini! walaupun Anda bukan saorang peniaga, misalnya Anda saorang Guru, saorang Doktor, buruh awam atau saorang Menteri sekalipun! siapa anda? Anda Bangsa Melayu..! bila Anda menyertai KUMPULAN ini bererti Anda telah sama sama memperjuangkan, memertabatkan Bangsa Melayu keseluruhan. Tidak mengira apa ideologi polotik! tidak mengira pangkat darjat! tidak mengira keturunan! anda MELAYU! anda harus dan patut menyertai KUMPULAN ini!

M E L A Y U

M Mari Bersatu Kita Berpakat
E Ekonomi Mesti Kata Sepakat
L Lahirkan Budaya Melayu Bersyarikat
A Anda Semua Melayu SeMalaysia
Y Yakinkan Kumpulan Berjaya
U Untuk Generasi Anak Cucu Bangsa 

Comments

Popular posts from this blog

OBJEKTIF.

BERSATU TEGUH.